Ketahui Cara Yang Betul Agar Boleh Tahan Berbulan-bulan
Cara Betul Simpan Daun Sup, Lengkuas,
Serai & Cili. Boleh Tahan Berbulan-bulan!
“Baru beli tak sampai seminggu dah nak layu dah daun sup ni.
Lengkuas dan serai pun dah makin kecut. Malasnya nak ulang-alik ke pasar. Ingat
beli banyak-banyak, senanglah sikit. Macam mana cara simpan daun sup dan
bahan-bahan dapur yang lain supaya tahan segar lebih lama ya?”
Inilah antara masalah
yang paling selalu dihadapi. Sedangkan ada yang kita belum buka daripada
bungkusan, tetap juga ia menjadi layu dan lembik dalam peti sejuk.
Di sini, Puan Suhana Mat Rasu ingin berkongsikan cara
simpan daun sup, lengkuas, serai, cili api, dan lada merah dalam peti sejuk
agar kekal segar – sampai berbulan-bulan lamanya!
Menarik, kan? Mari
ikuti selanjutnya.
INI
CARA SIMPAN DAUN SUP, LENGKUAS, SERAI & CILI AGAR TAHAN LEBIH LAMA
Ini tips yang simple saja
dari saya, seorang surirumah. Walaupun mudah, cara penyimpanan
ini amat berkesan untuk menyimpan bahan dapur bagi tempoh masa lama.
Kesemua bahan masakan
ini adalah antara bahan wajib yang mesti ada di dapur – tapi biasanya kita
guna sedikit saja setiap kali masak.
1.
DAUN SUP
Pokok daun sup perlu disimpan di dalam botol plastik (bekas minuman 1.5L) dan
diletakkan didalam peti ais.
Caranya, potong 2
botol minuman. Masukkan pokok daun sup dan tutup. Penting untuk memastikan air
diletakkan sedikit sahaja setakat cecah pada HUJUNG AKAR sahaja. Air yang
banyak akan menyebabkan bahagian batang pokok tenggelam dan batang daun sup
jadi lembik dan busuk.
Pokok yang disimpan dengan kaedah ni dapat bertahan lebih dari sebulan. Tumbuhan kalau
ada akar seperti daun kesum juga boleh disimpan dengan kaedah ini.
Cara menyimpan daun
sup agar tahan lama.
2.
LENGKUAS & SERAI
Simpankan di dalam botol kaca dan di isi dengan air
sehingga tenggelam keseluruhan lengkuas dan serai tersebut. Tutupkan botol
dengan kedap. Air boleh ditukar 2 minggu sekali atau ikut
keperluan.
Perlu disimpan dalam peti ais dan ia mampu bertahan berbulan lamanya!
Selain lengkuas dan
serai, ramai juga yang menggunakan cara ini untuk menyimpan kunyit supaya kekal
segar.
Cara menyimpan serai
yang betul.
Ini pula lengkuas.
3.
CILI API & LADA MERAH
Cili api dan lada merah perlu dibuang tangkai terlebih
dahulu sebelum disimpan untuk mengelakkan tangkai menjadi lembik, sekaligus
menyebabkan cili dan lada menjadi busuk.
Simpankan dalam
bekas bertutup yang dialas dengan tisu dapur atau kertas surat khabar. Setiap
kali menggunakan bahan ini, rajin-rajinkan diri untuk mengelap penutup
bekas simpanan cili supaya wap-wap air hilang. Salin tisu dan kertas jika dah
terlalu basah.
Simpan dalam peti sejuk InshaaAllah akan tahan lebih lama.
Buangkan tangkai cili
supaya tahan lebih lama.
SENANG,
SEGAR & JIMAT!
Wah, memang
praktikal sangat cara simpan daun sup, serai, lengkuas, dan cili. Tak
susah pun sebenarnya. Semua bahan yang diperlukan mesti ada di rumah. Bolehlah
buat bila nak stokkan bahan-bahan memasak nanti.
Di samping memudahkan dan mengelakkan pembaziran, duit belanja dapur kita juga dapat dijimatkan.
Selamat mencuba!
Comments
Post a Comment