VIDEO Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah atau Balan-balan di Sabah..kenape manusia boleh jd macam ni ade pendapat tak??

VIDEO Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah atau Balan-balan di Sabah..kenape manusia boleh jd macam ni ade pendapat tak??





Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.

Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai ituPenangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan daun mengkuang yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.

MATLAMAT
Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain. Kini, penanggalan bukan sahaja dituntut ole wanita malahan lelaki juga tidak kurang hebatnya.Daerah Kota Belud amat terkenal dengan balan-balan. Sebenarnya penanggalan adalah sejenis penyakit keturunan, bagi pengamal-pengamal ilmu ini mereka akan menjangkitkan keturunan mereka melalui makanan. Itu kini ilmu ini disebut sebagai penyakit bagi zaman kini.Ada separuh masyarakat mengatakan bahawa penanggalan datang dari orang yang menuntut ilmu hitam,selalunya terdapat dikawasan pendalaman.

Perlindungan dan rawatan

Rawatan paling biasa dalam kisah rakyat bagi melindungi dari serangan Penanggal adalah dengan menyelerak daun mengkuang yang memiliki daun berduri yang akan mencederakan atau memerangkap isi perut, jantung, perut, paru-paru Penanggal yang terdedah ketika ia terbang mencari mangsa. Daun berduri ini akan diikat pada tingkap rumah bagi memastikan ia memerangkap isi perut Penanggalan. Ini biasanya dilakukan pada rumah wanita yang baru bersalin. Bagaimanapun, kononnya cara ini tidak membantu bayi sekiranya Penanggal masuk melalui papan lantai. Dalam sesetengah keadaan, dikatakan beberapa bulan sebelum kelahiran, kaum keluarga wanita hamil akan menanam nenas di bawah rumah (rumah tradisi Melayu yang bertiang). Buah dan daun yang berduri akan menghalang hantu penanggalan dari memasuki bawah rumah. Apabila terperangkap, Penanggalan yang menyerang kemudian boleh dibunuh dengan parang. Sebagai perlindungan tambahan, wanita mengandung akan meletakkan gunting atau kacip pinang di bawah bantal, kerana Penanggalan dikatakan takut benda-benda tajam ini.
Bidan yang menjadi Penanggalans pada waktu malam kelihatan sebagai wanita biasa pada siang hari. Mereka bagaimanapun boleh dikenai sebagai Penanggalan melalui tingkah laku mereka. Apabila berjumpa orang ramai, mereka biasanya mengelak bertemu mata dan ketika bertugas sebagai bidan, mereka boleh dilihat mengecap bibir mereka, seolah-olah memikirkan makan darah wanita lahir apabila tiba waktu malam. Orang yang tahu di mana hantu Penanggalan tinggal boleh menunggu pada waktu malam ketika Penanggal terbang meninggalkan tubuhnya dan terbang keluar, ia boleh dimusnahkan dengan menuang serpihan kaca dalam lubang tengkuknya, yang akan mencederakan organ dalaman Penanggal apabila ia kembali bersambung dengan tubuhnya; atau dengan membakar tubohnya, dengan itu menghalang Penanggal dari kembali bercantum dengan tubohnya pada siang hari.
Satu lagi cara tidak membunuh adalah dengan membalikkan tubohnya, dengan itu apabila kepala kembali bertaut dengan tubohnya ia bercantum terbalik, dengan itu mendedahkan kepada semua orang apakah dia sebenarnya


Comments

Popular posts from this blog

KHASIAT DAUN KARI UNTUK RAMBUT ROSAK & GUGUR YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU.

Ketahui Cara Yang Betul Agar Boleh Tahan Berbulan-bulan