‘Racun’ Semulajadi Untuk Halau Lipas, Semut & Haiwan Perosak. Guna Kulit Telur Saja!
“Stres betul dengan lipas dan semut dekat rumah ni, lagi-lagi
kat dapur. Memang ber’parti’lah diorang bila kita terlupa nak simpan makanan
atau ada stok yang dah lama tak perasan. Apa petua halau lipas, semut, dan
semua serangga perosak ni ya?”
Serangga dan haiwan perosak memang merunsingkan. Ia bukan saja
membuat kita rasa tak selesa, tapi kalau tidak dibanteras habis-habisan ia
juga boleh membawa masuk pelbagai bakteria
dan kuman ke dalam rumah. Masalahnya, bukan semua rumah
boleh menggunakan racun atau bahan kimia, lebih-lebih lagi mereka yang alergik
atau ada anak kecil.
Dalam
artikel ini, ada satu petua semulajadi yang mudah tetapi sangat
berkesan daripada salah seorang pembaca kami.
Mari ikuti perkongsian
selanjutnya di bawah.
HANYA
GUNA KULIT TELUR. LIPAS, SEMUT & SERANGGA PEROSAK SEMUA LARI
Syukur alhamdulilah,
hari ini saya nak berkongsi petua halau lipas dan segala benda yang merayap di
sekitar rumah dengan hanya menggunakan kulit telur.
Kita ada banyak guna telur tapi kulitnya dibuang kan? Sekarang
jangan buang lagi sebab ia sangat berguna untuk dijadikan ‘racun’ semulajadi
untuk macam-macam serangga dan haiwan perosak seperti lipas, semut,
lipan, cicak, anai-anai, tikus, ular, dan apa-apalah
yang sewaktu dengannya.
PETUA HALAU
LIPAS, SEMUT, DAN HAIWAN PEROSAK MENGGUNAKAN KULIT TELUR
Berikut adalah
cara-caranya. Mudah saja.
1.
CUCI & KERINGKAN KULIT TELUR
Mula-mula, cuci
bersih-bersih dulu kulit telur yang dah digunakan dalam masakan. Kemudian,
jemurkan hingga kering.
2. HANCURKAN
Selepas kering,
bolehlah ditumbuk kulit telur tadi hingga hancur.
Bila dah siap,
taburkan kulit telur ini di kawasan laluan haiwan atau serangga perosak.
3.
SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA
Selebihnya, simpan
dalam botol untuk dijadikan stok racun perosak.
Nanti bila dah habis,
boleh taburkan lagi di tempat tersebut.
JIMATNYA, BOLEH
BUAT SEKARANG!
Saya dah cuba buat.
Alhamdulillah, semua semut dan lipas yang suka merayap di sekitar dapur saya
dah tak ada. Saya letak di setiap tepi rumah dan dalam laci kabinet dapur.
Jadi, apa tunggu lagi. Lepas ini boleh cuba petua halau lipas
dan haiwan perosak yang dikongsikan ini. Memang
mudah, jimat, dan berkesan. Ramai dah cuba.
Silakan share jika
bermanfaat ya.
*Petua halau lipas, semut,
dan haiwan perosak menggunakan kulit telur ini dikongsikan oleh Abel Lione Karia @ Mommok melalui
Facebook Group Masak Apa Hari Ini (MAHN). Ia diterbitkan
semula dengan kebenaran beliau.
Comments
Post a Comment