Petua Aunty Cina :3 Minggu Batuk & Demam.
3 Minggu Batuk &
Demam, Akhirnya Petua Aunty Cina Ini Bantu Anak Saya Pulih
“Klinik dah pergi, ubat dah makan, air pun dah minum
banyak. Tapi kalau dah lama sangat sakit, tentu rasa risau
terutamanya anak-anak. Apa lagi petua rawat batuk yang selamat yang boleh kita
ikhtiarkan?”
Kali ini, kami mendapatkan Puan Farid Farida yang berbesar hati
untuk berkongsi petua rawat batuk yang beliau amalkan ketika anak-anaknya
diserang batuk dan demam silih berganti.
Mari ikuti perkongsian
beliau selanjutnya.
PETUA
RAWAT BATUK DENGAN BAWANG PUTIH
Anak-anak batuk dah masuk minggu ke-3. Demam kebah, demam kebah,
sampai 2 kali pergi emergency department sebab
suhu tinggi sangat. Macam-macam antibiotik dan remedi lain yang saya dah buat, tapi belum
ada rezeki nak sihat lagi.
Alhamdulillah,
bila amalkan petua rawat batuk dengan bawang putih ini,batuk dah kurang, demam
pun dah kebah.
Jadi,
saya ingin kongsikan remedi ini yang saya dapat daripada sorang Aunty
Cina yang masa tu kasihan tengok anak lelaki saya batuk tak
henti-henti. Mudah-mudahan ia dapat memberi bermanfaat juga untuk orang ramai
di luar sana.
Foto
Kredit: superselectos.com
BAHAN-BAHAN
·
7
atau 9 ulas bawang putih
·
Air
1 1/2 cawan
·
Gula
batu 4-5 biji
CARA-CARA
Berikut
adalah cara-caranya. Mudah saja.
1. Rebus
Rebus
semua sehingga sehingga jadi suku cawan. Guna api yang paling perlahan.
2. Minum 3 Kali Sehari
Minum
semasa air rebusan masih suam-suam. Amalkan 3 kali sehari. Saya buat
sekali rebus untuk 2 kali minum.
Petua ini sesuai untuk orang dewasa dan
kanak-kanak setahun ke atas. Tapi menurut respon daripada post beliau,
ada yang pernah buat untuk bayi yang kurang daripada umur 1 tahun, tapi tak
menggunakan gula. Cuma rebusan bawang putih. Kuantiti yang
diambil juga dikurangkan. Katanya sesuai dan berkesan.
SEMOGA MEMBANTU
Tak salah mencuba kerana bahan yang
digunakan begitu mudah didapati di rumah. Apapun, jangan sesekali abaikan
pemeriksaan doktor sekiranya demam dan batuk berterusan.
Petua
rawat batuk ini diamalkan secara sampingan saja, sebagai ikhtiar selain rawatan
yang dipreskripsikan doktor.
Comments
Post a Comment