PALSU : Guna Gambar Allahyarham untuk meraih simpati & Derma

TERGAMAKNYA! PENIPU GUNA GAMBAR ALLAHYARHAM ADIK MUHAMMAD ADAM UNTUK MINTA DERMA


Tergamaknya! Penipu guna gambar Allahyarham adik Muhammad Adam untuk minta derma

Tergamaknya! Penipu guna gambar Allahyarham adik Muhammad Adam untuk minta derma
Khairiyah adalah ibu Allahyarham Muhammad Adam Hamka Norisam yang meninggal dunia di Hospital Cameron Highlands pada 17 Oktober 2016 ketika berusia dua tahun akibat penyakit sindrom Pfeiffer sejak lahir.
Selepas kanak-kanak itu meninggal dunia, ada individu tidak bertanggungjawab yang mewujudkan akaun Facebook (FB) dengan menularkan gambar Adam Hamka, menggunakan nama kanak-kanak laun dan mendakwa kanak-kanak itu menghidap sakit jantung serta muntah darah sejak Ahad lalu untuk meminta derma.
Khairiyah berkata, dia kesal dengan tindakan individu yang menggunakan gambar anaknya untuk meminta derma.
“Selasa lalu, saya di beritahu saudara, ada orang gunakan gambar anak saya untuk minta derma. Sedih melihat status di FB mengenai gambar anak saya ‘hidup’ dan didakwa menghidap penyakit jantung.
“Tergamak buat begitu demi mendapatkan duit dengan mudah,” katanya.
Menurutnya, dia sudah membuat laporan di Balai Polis Rantau, Seremban pada hari sama dia mengetahui perkara itu.

Comments

Popular posts from this blog

VIDEO Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah atau Balan-balan di Sabah..kenape manusia boleh jd macam ni ade pendapat tak??

KHASIAT DAUN KARI UNTUK RAMBUT ROSAK & GUGUR YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU.

Ketahui Cara Yang Betul Agar Boleh Tahan Berbulan-bulan